
Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa bagi minggu bertarikh 22 hingga 28 Januari 2026, harga runcit petrol RON 97 dinaikkan sebanyak dua sen seliter menjadi RM3.10 seliter.
Untuk petrol RON 95 tanpa subsidi, ia juga dinaikkan sebanyak dua sen seliter menjadi RM2.54 seliter. Walau bagaimana pun harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah Budi95 masih kekal pada RM1.99 seliter.
Manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pula dinaikkan sebanyak empat sen seliter menjadi RM2.88 seliter. Bagi harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan, ia kekal pada RM2.15 seliter.
Pada 7 Januari lalu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata kerajaan tidak akan melaksanakan penyasaran bagi subsidi petrol RON95 berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini. Ini termasuklah mengurangkan kuota subsidi Budi95 untuk mengelakkan bebanan tambahan kepada isi rumah, terutamanya mereka yang tinggal jauh dari tempat kerja.
The post Harga minyak 22-28 Jan – RON97 dan RON95 naik 2 sen seliter, diesel Semenanjung naik 4 sen seliter appeared first on Paul Tan’s Automotive News.
